Taktik kotor rejim el-Sisi halang pembangkang sertai pilihan raya

KAHERAH, 1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Parti pembangkang Mesir mengutuk tindakan rejim Abdel Fattah el-Sisi menangkap bekas pemimpin Ikhwanul Muslimin yang juga mengetuai Strong Egypt Party, serta menuduh kerajaan melancarkan kempen kebencian terhadap mereka yang berbeza fahaman politik.

Polis Mesir menangkap Abdul Moneim Aboul Fotouh di rumahnya di Kaherah bersama enam lagi penyokongnya, kelmarin. Semua penyokongnya bagaimanapun dibebaskan semalam, tetapi Moneim dipindahkan ke pusat tahanan Tora.

Pendakwa Raya Mesir mengarahkan Moneim ditahan di penjara selama 15 hari, sementara siasatan dijalankan atas tuduhan mengetuai organisasi pengganas dan menyebarkan berita palsu di dalam dan luar negara, lapor media tempatan.

Dalam kenyataan hari ini, Strong Egypt Party berkata, mereka mahu kerajaan bertanggungjawab terhadap keselamatan Moneim dan Mohamed al-Kassas, tatkala langkah menindas yang semakin meningkat diamalkan oleh rejim Mesir terhadap pembangkang.

Mohamed al-Kassas adalah timbalan kepada Moneim yang turut ditahan bersama beberapa pemimpin pembangkang lain, minggu lalu.

Parti pembangkang turut mengajak semua entiti politik dan tokoh terkenal negara itu supaya bersatu menentang amalan penindasan yang dilakukan rejim el-Sisi, kerana ia menggantung semua kegiatan politik.

Penahanan Moneim dibuat beberapa hari selepas peguam Mesir mengemukakan aduan kepada pendakwa raya supaya beliau ditangkap kerana kenyataannya dalam satu program televisyen Al Jazeera di London.

Dalam aduannya, peguam Samir Sabry menuduh Moneim menyebar berita palsu dan merendah-rendahkan el-Sisi.

Moneim adalah tokoh politik terbaharu yang ditahan, dalam apa yang disifatkan oleh pengkritik sebagai langkah menghalang penentangan terhadap el-Sisi yang kini menjadi satu-satunya calon bagi Pilihan Raya Presiden Mesir 2018, yang dijadualkan bulan depan.

Beberapa tokoh politik sebelum ini ditahan, selain sesetengahnya menarik diri daripada menjadi calon pilihan raya itu selepas menerima ancaman dan ugutan. – Agensi

The post Taktik kotor rejim el-Sisi halang pembangkang sertai pilihan raya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian