DELEGASI SULBAH 5.0 MENERAJU PERSIDANGAN KEPIMPINAN

Kuala Lumpur, 3 Mac – Biro Luar Negara ISMA telah menganjurkan persidangan kepimpinan buat kali yang kelima tahun ini. Bertemakan “Kepimpinan Merentas Benua”, SULBAH (Simposium Saf Lembaran Baharu) telah mengumpulkan lebih 60 orang pelajar yang akan ke luar negara.

Menurut Husna, pelajar persediaan ke USA di Taylor’s College, SULBAH kali ini sangat menarik kerana peserta berpeluang untuk berbincang dan membentangkan resolusi berkenaan masalah yang melanda pelajar Muslim di luar negara.

Berkonsepkan persidangan ala parlimen, SULBAH 5.0 turut memberi peluang kepada para peserta untuk membuat persidangan media dan temu ramah secara langsung.

Program tahunan Biro Luar Negara ini juga berjaya menghubungkan para pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara dengan para alumni.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?