Kelab Bola Sepak Isma Negeri Sembilan Tawarkan Lebih daripada Latihan Bola

Oleh : Muhammad Mabrur bin Ahmad

JOHOL, 8 April – Pihak Pengurusan Kelab Bola Sepak ISMA NS yang bergerak di bawah sayap Pemuda Isma Seremban telah mengadakan kem Team Building dengan jayanya.

Bertemakan “Siap Siaga”, seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada anak muda tempatan dengan minat yang sama dalam sukan bolasepak telah berkumpul dan beraktiviti selama dua hari satu malam bertempat di Air Mawang, Johol dan Melaka.

Sebahagian besar aktiviti yang dijalankan memberikan penekanan terhadap kemahiran asas dalam komunikasi berkesan dan kemahiran bekerja dalam pasukan.

Di samping aktiviti yang mencabar fizikal dan mental, para peserta turut mengikuti slot perkongsian pengalaman daripada misi kemanusiaan Rohingya, yang telah disampaikan oleh Dr. Saif Bin Jamaluddin yang merupakan Doktor perubatan Hospital Jelebu.

Di penghujung program, para peserta telah berangkat ke SMK Padang Temu, Melaka bagi menghadapi perlawanan persahabatan bolasepak dengan pasukan isma melaka fc, yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri dua sama.

Secara keseluruhan, program ini dilihat telah berjaya mencapai objektif utama iaitu melatih dan mempersiapkan para peserta dengan mentaliti sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran dan mampu bekerjasama sebagai ahli dalam satu pasukan untuk mencapai suatu matlamat bersama.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian