3 PERKARA WANITA HARUS LAKUKAN KETIKA BEREMOSI

Oleh: Nurul Hajjar Atan

PUTRAJAYA, 01 September 2018- “Ketika dalam beremosi, apabila fokus pada insiden atau perkara yang berlaku itu, tenaga kita akan mengalir ke situ. Jadi kita kena alihkan fokus itu.”

Jelas Dr Rizal Abu Bakar yang merupakan seorang motivator Pakar Otak yang berpengalaman. Beliau menghuraikan bagaimana wanita harus mengurus otaknya ketika sedang beremosi.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak itu juga menjelaskan bahawa ketika sedang beremosi, seseorang itu hendaklah membetulkan fosiologinya kerana apabila kita marah, kita sedih, bahu akan jatuh.

“Fisiologi kita akan menghadirkan emosi kita. Oleh itu, kita perlu berdiri tegak dan ubah fisiologi.” Tambah Dr Rizal.

“Hadis Nabi juga ada menjelaskan kepada kita tentang perkara ini, tetapi nabi tidak menggunakan bahasa sains. Nabi kata bila kita marah, kita kena duduk, baring kemudian berwuduk.”

Akhir sekali, Dr Rizal menjelaskan bahawa perkara ketiga yang perlu dilakukan adalah meletakkan makna yang betul dalam minda kita terhadap sesuatu perkara yang berlaku.

“Jika kita meletakkan makna ‘marah’, maka kita akan marah. Apabila minda kita dalam keadaan ‘natural’ kemudian kita meletakkan makna ‘marah’ ditambah dengan emosi, maka kita akan marah. Jadi, kita kena ubah makna yang berada di dalam minda itu.”

 

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?