USAH BIARKAN KEJAHILAN DIWARISI ANAK-ANAK
Oleh: Farhana Binti Zali
Putrajaya, 1 September 2018- “Ibu bapa yang kurang penghayatan agama bukanlah suatu halangan untuk anak-anak mereka menjadi sebahagian daripada generasi yang menghidupkan Al-Quran.”
Puan Hajjah Sabariah Faridah Jamaludin berkata ketika ditemubual selepas slot, Membina Generasi Al-Quran dalam KONWANIS 2018.
Beliau memberitahu bahawa setiap ibu bapa mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Tiada ibu bapa yang sempurna.
Jika si ibu kurang pendidikan agama, anak-anak mereka juga berhak beriman dan beramal dengan Al-Quran.
Mengulas lanjut, pengasas Pusat Asuhan Kanak-kanak Little Caliphs itu berkata, “Ibu bapa yang jahil harus mencari sumber lain yang dapat melengkapkan kekurangan mereka.”
Jika agama yang kurang, cari orang lain atau institusi yang dapat menyempurnakan kekurangan tersebut.
Dua cadangan yang beliau sarankan untuk masyarakat saling berinteraksi dalam membina generasi Al-Quran yang berjaya adalah dengan memberikan kesedaran tentang kepentingan Al-Quran dan nasihat berterusan untuk para ibu bapa perbaiki diri.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan