Walkathon Kemuncak Cabaran 3 Minggu

13 Oktober, Pantai Dalam – Walkathon yang berlangsung di Pantai Eco Park Sabtu lalu merupakan kemuncak bagi Cabaran Berjalan Kaki yang telah berlangsung selama tiga minggu berturut-turut bermula dari 22 September 2018.

Peserta perlu mengumpulkan jumlah langkah harian selama tiga minggu dengan menggunakan aplikasi pintar masing-masing dan menghantar laporan kepada urusetia setiap minggu. Cabaran tersebut mempunyai dua kategori iaitu kategori terbuka wanita dan kategori ibu-ibu.

Kategori terbuka wanita, diungguli oleh Cik Nur Farehan yang telah mengumpul jumlah jarak berjalan kaki sebanyak 97.97km. Beliau yang telah mencabar diri sendiri dengan pulang ke rumah setiap hari selepas kerja dengan berjalan kaki daripada menaiki bas. Ini bukan semata kerana cabaran Walkathon, tetapi beliau telah melaziminya beberapa bulan sebelum ini untuk mencapai kearah hidup yang lebih sihat. Program walkhaton ini telah membuka ruang baginya untuk berkongsi semangat bersama wanita yang lain.

Ujar Farehan, Wanita Isma Kuala Lumpur telah berjaya membuka peluang yang sangat baik untuk menggalakkan lebih ramai wanita bersenam dengan cara yang mudah. Pada masa sama beliau turut mengakui persaingan menjadi semakin sengit pada minggu terakhir kerana ramai peserta lain juga turut berusaha bersungguh-sungguh mengumpul jumlah langkah. Bagi beliau, menang kalah adalah adat setiap pertandingan, tetapi apa yang jauh lebih disyukuri adalah nikmat kesihatan yang baik.

Manakala johan kategori ibu-ibu disandang oleh Puan Huda Karim yang telah berjalan sebanyak 70.47km. Beliau juga telah berjaya mengurangkan berat sehingga 15kg dalam masa tiga bulan dengan menjaga pemakanan tanpa minyak serta konsep suku-suku separuh disamping mengamalkan minum teh hijau setiap hari, tidak mengambil gula tambahan dan melazimi puasa sunat.

Selain berjalan kaki, Puan Huda turut melakukan 3 hingga 5 kali seminggu aktiviti fizikal lain seperti yoga, taichi, zumba dan lain-lain. Yang paling penting ujar beliau ialah mindset perlu kuat!

Menurut Pengarah Walkathon iaitu Puan Nurul Shahada Razali pada majlis penutup, Cabaran berjalan kaki perlu diteruskan selepas ini oleh semua untuk cabaran hidup sihat.

Tambah beliau, “Kita buat (cabaran berjalan), kita yang sihat! Bila badan sihat, barulah selesa untuk beribadah.”

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian