BAGAIMANA MENDIDIK GENERASI GAJET?
Oleh Habsah Abdul Shaer
Port Dickson, 1 Dis – Zaman serba digital ini tidak pelik kalau kita melihat dalam satu keluarga yang terdiri daripada atuk, nenek, ibu, ayah dan anak sekecil dua tahun memiliki gajet.
Yang di Pertua Isma Port Dickson, Jaafar Suradi berkata, pada zaman digital yang serba canggih, kita tidak boleh menyekat anak-anak daripada terjebak dalam dunia digital ini.
“tidak salah kita membenarkan anak-anak kita memiliki gajet, tetapi yang penting bagaimana kita mengawal fikiran dan perasaan mereka daripada terpedaya dengannya dan perlu kawalan ketat.”
“Hadkan penggunaan gajet dua jam sehari kepada anak-anak bawah 12 tahun.”pesan beliau ketika berkongsi pengalaman mendidik anak-anak generasi gajet dalam slot keibubapaan semasa program Huffaz Cilik 2018 anjuran Nazim Port Dickson.
“buat peraturan kalau berada di meja makan, tidak boleh bawa gajet, serah semua gajet kepada ibu ayah sebelum tidur dan pastikan kita menjadi kawan kepada anak-anak di semua laman sosial mereka,” tambahnya lagi.
Beliau menegaskan ibu bapa sepatutnya mempunyai matlamat untuk membawa keluarga masuk ke syurga Allah. Setiap aktiviti dalam keluarga mestilah menjurus ke arah matlamat itu.
Beliau turut menyarankan ibu bapa membaca buku-buku tarbiyatul aulad, kisah-kisah sahabat dan orang-orang soleh sebagai panduan mendidik anak-anak.
Jaafar Suradi menyampaikan hadiah peserta terbaik Huffaz Cilik 2018 Nazim Port Dickson
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan