Ilmu duniawi dan ukhrawi perlulah seimbang
Oleh: Nur Aminah Shahirah Mohd Karno
BATU PAHAT, 29 September – Pendekatan program NAZIM (Kelab Anak-anak Hebat) Batu Pahat dengan menggabungkan pengetahuan ilmu duniawi dan ukhrawi seperti hafazan surah Al-Qariah dan eksperimen Sains telah menarik minat kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.
Seramai 145 orang peserta telah menyertai program ini di Masjid Jamek Bukit Pasir baru-baru ini.
Selari dengan surah Al-Qariah yang menggambarkan suasana hari kiamat, kanak-kanak dapat menggambarkan letusan gunung berapi berdasarkan eksperimen gunung berapi yang dijalankan semasa program.
Puan Farah Wahidah ibu kepada Puteri Nur Dalila Sofea berkata program ini sangat bermanfaat kepada anak-anak disamping dapat membantu anaknya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.
Selain itu, telah menjadi kebiasaan kanak-kanak inginkan keseronokan semasa pembelajaran menurut salah seorang peserta bernama Mohamad Zhafran Azman yang berkongsi perasaan seronok terutama ketika eksperimen sains.
Bertitik tolak daripada program ini, kanak-kanak akan mengikuti contoh semangat tokoh sains islam terdahulu ibn sina dan abu musa jabir hayyan menerusi kehidupan mereka daripada kecil lagi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan