Ruai Ikhlas Sarawak bakal anjurkan Seminar Memperkasa Pengurusan Saudara Baru
Oleh: Mohammed Rasheedan b Ellin
Kuching, 4 Mac 2019 – Ruai Ikhlas Sarawak, sebuah organisasi bukan kerajaan yang cakna kebajikan mualaf akan menganjurkan Seminar Pengurusan Saudara Baru 2019 pada 30 Mac 2019 ini.
Seminar yang akan dianjurkan di Islamic Information Center (IIC), Kuching ini akan membentangkan beberapa kertas kerja dan perkongsian pengalaman daripada individu dan agensi yang telah lama terlibat dalam pengurusan mualaf.
Antaranya adalah Ustaz Wan Ariffin bin Wan Yon daripada UiTM Sarawak, yang merupakan seorang pensyarah yang mengkaji tentang isu mualaf dan saudara baru. Turut diundang beberapa penceramah daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang akan membentangkan realiti semasa saudara baru Sarawak dan mengendali bengkel teknikal pengislaman dan pengurusan saudara baru.
Seminar ini sangat releven dan wajar diadakan melihat kepada situasi semasa di mana penyedia dan pembimbing kelas saudara baru tidak mempunyai platform untuk mengemaskini gerak kerja supaya lebih integratif, cekap dan progresif.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar ini boleh berhubung dengan Saudara Hafeez (0194511346) dan Saudari Norlia (0168669417) untuk pertanyaan dan pendaftaran. Seminar ini turut mendapat kerjasama daripada Islamic Information Center (IIC) Kuching, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Baitul Ilmi Kota Samarahan, Urusetia Saudara Kita (USK) Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE).
Ruai Ikhlas Sarawak yang ditubuhkan pada Januari 2018 adalah sebuah organisasi sokongan bukan kerajaan yang komited untuk membimbing dan menyokong kehidupan para mullaf supaya mereka dapat menjalankan kehidupan sebagai seorang Islam, sama seperti orang Islam yang lain. Baik dari segi kualiti pendidikan agamanya, sosialnya, mahupun aktiviti ekonominya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan