Fun Run Malaysia Negara Islam meriah

Peserta menunjukkan sokongan terhadap kempen Malaysia Negara Islam

KEMAMAN, 27 April: Hampir 300 peserta memeriahkan larian Fun Run Malaysia Negara Islam 2019 yang berlangsung di Padang Astaka, Kemaman, semalam.

Acara larian sejauh lima kilometer anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman, dengan kerjasama Adham Bike Centre (ABC) di adakan sempena Kempen Malaysia Negara Islam (MNI) 2019.

Semua peserta lelaki dilepaskan tepat jam 7.30 pagi oleh YB Tuan Che Alias bin Hamid, Ahli Parlimen Kemaman, diikuti peserta perempuan 10 minit selepas itu.

 

Yang di-Pertua (YDP) Isma Kemaman, Ust. Zulkifli Ibrahim bersama YB Che Alias Hamid, Ahli Parlimen Kemaman

Acara Fun Run yang julung kali dianjurkan oleh Isma Kemaman ini adalah selari dengan anjuran Islam supaya umatnya mengamalkan gaya hidup sihat. Sejajar dengan hadith Nabi:

“Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Orang Mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang Mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya)..” (HR Muslim).

“Agama Islam tidak hanya menyarankan umatnya agar beribadat dalam bentuk solat, berzikir. Bersukan juga adalah satu bentuk ibadah” ucap Ustaz Zulkifli Bin Ibrahim, YDP Isma Kemaman dalam ucapan penutup.

Pengarah Program (tengah), Saudara Mohammad Firdaus Bin Muhammad bersama perserta Fun Run

“Salah satu tujuan utama Fun Run ini di anjurkan adalah bagi mengumpulkan 1 juta tandatangan rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan kepada Kempen Malaysia Negara Islam” ujar pengarah program Fun Run MNI 2019, saudara Mohammad Firdaus Bin Muhammad.

Beliau juga mengajak seluruh peserta untuk bersama-sama menyokong kempen MNI ini dan mempertahankan kedaulatan agama di tanah air.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian