UMMAH Kemaman menyatukan persatuan Islam

KEMAMAN, 16 April 2019,- Dalam usaha memperkukuh kesatuan Islam  serta kerjasama antara NGO dan persatuan-persatuan Islam di Kemaman Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kemaman telah menganjurkan pertemuan bersama Persatuan Pusaka Cekak Hanafi dan Persaudaraan Seni Silat Melayu Pantai Timur (PERSIMA) di surau Baiduri Geliga malam tadi.

“Objektif pertemuan ini adalah untuk berkenalan dan mengeratkan ukhwah sesama NGO dan Persatuan Islam di Kemaman. Ini seterusnya di harapkan agar dapat memudahkan gerak kerja demi kebaikan dan keuntungan umat Islam khususnya di Kemaman”, ujar Ustaz Mohd Zulkifli bin Ibrahim, Yang di-Pertua (YDP) Isma Kemaman.

Beliau seterusnya berharap, akan berlaku pertemuan-pertemuan seterusnya yang akan melibatkan lebih ramai wakil NGO dan persatuan Islam di Kemaman. Pertemuan tersebut juga dapat pengumpulkan mutiara perkongsian pengalaman-pengalaman persatuan Islam dan merancang program sesama NGO Islam.

Diperingkat kebangsaan, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang diterajui oleh presiden Isma, Tuan Haji Aminuddin bin Yahya, telah menggabungkan lebih 200 NGO di seluruh Malaysia, dan gabungan ini juga telah berjaya menganjurkan perhimpunan menolak ICERD yang telah menghimpunkan puluhan ribu peserta pada Disember lepas.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian