KENYATAAN MEDIA – BARISAN JAWATANKUASA MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BAGI SESI 2019-2023

KENYATAAN MEDIA

 

BARISAN JAWATANKUASA MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BAGI SESI 2019-2023

 

Sukacita diumumkan senarai ahli jawatankuasa tertinggi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) yang baharu bagi sesi 2019-2023.

 

Pengerusi: Sahibus Samahah Ustaz Hj. Zamri Hashim

Timbalan Pengerusi: Ustaz Dr. Hj. Mohd. Soberi Awang

Naib Pengerusi 1: Ustaz Mohd Suhail Sufian

Naib Pengerusi 2: Ustazah Nur Fatin Halil

Setiausaha Agung: Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penolong Setiausaha: Ustaz Mohd Firdaus Zalani

 

Sahibus Samahah Ustaz Hj. Zamri Hashim adalah seorang tokoh ulama berkaliber yang merupakan Timbalan Mufti Perak. Beliau sangat aktif dalam bidang fatwa dan dakwah, serta kolumnis tetap di akhbar Berita Harian.

Ustaz Dr. Hj. Mohd Soberi Awang adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mempunyai jaringan perhubungan yang luas dengan ulama-ulama Timur Tengah dan juga nusantara.

Ustaz Mohd Suhail Sufian, seorang graduan Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, adalah seorang tokoh muda kewangan Islam. Beliau sekarang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif di Jabatan Operasi Pelaburan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi, tokoh ulama muda yang sedang mencipta nama, adalah Timbalan Pengarah Institut Sains Islam USIM. Beliau memiliki Sarjana dalam bidang Hadith dan PhD. dalam bidang Sirah. Beliau sangat aktif dalam penyelidikan dan telah menghasilkan lebih 39 makalah persidangan akademik dan jurnal penyelidikan peringkat antarabangsa.

Ustazah Nur Fatin Halil adalah tokoh ulama muda wanita yang aktif. Beliau merupakan Pembantu Perunding di Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM dan telah menghasilkan beberapa penulisan akademik. Kini beliau sedang melengkapkan kajian PhD dalam bidang Syariah dan Perundangan di USIM. Beliau juga merupakan Perunding Syariah di Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU).

Ustaz Muhammad Firdaus bin Zalani  merupakan Pegawai Eksekutif MUIS bermula tahun 2014. Beliau merupakan graduan Universti Al-Azhar kemudian menyambung DLSA UiTM dan kini sedang menyiapkan peringkat Sarjana dalam bidang Syariah pengkhususan Politik Islam di UKM. Pernah juga menerbitkan sebuah buku berkaitan isu semasa umat Islam di Malaysia.

Gabungan ulama senior and muda ini diharap dapat memacu MUIS sebagai sumber rujukan yang diyakini dan dipercayai kepada masyarakat

Sekian Terima Kasih.

AHMAD KAMSANI SAMINGAN

Setiausaha Agung

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

1 Safar 1441H / 1 Oktober 2019.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian