Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

1. Seringkali kita mendengar dialog antara dua ekstrem seperti ini, "Engkau depression ni sebab kurang amal agama." Atau pun, "Jangan libatkan agama dalam hal ni, apa yang kau tahu tentang depression?"

2. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, forum ini bakal memberikan suatu landasan yang baik untuk kita sama-sama mendepani cabaran kesihatan mental yang semakin meningkat khususnya di fasa pandemik Covid-19 ini.

3. Forum ini mensasarkan perbincangan berkenaan peranan agama untuk menjaga kestabilan mental serta salah faham terhadap kesihatan mental yang akan dibincangkan oleh dua orang ahli panel yang berpengalaman.

4. Mari sertai kami dalam Forum Maal Hijrah anjuran Biro Dakwah ISMA Kuala Terengganu dengan kerjasama Pusat Islam UniSZA. Maklumat program adalah seperti berikut: 

📌 Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

🗓 Tarikh: 10 Ogos 2021 (Selasa)

⏰ Masa: 9.15 malam hingga 11.15 malam

👤 Moderator: Ustaz Muhammad Amirol bin Azmi, Ketua Pemuda ISMA Kuala Terengganu

🗣 Panel 1: Dr. Muna Hamiza binti Asiff, Pensyarah Perubatan & Pakar Psikiatri UniSZA & Ketua Wanita ISMA Kuala Terengganu

🗣 Panel 2: Prof. Madya Dr Ahmad Sanusi bin Azmi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM & Panelis Rancangan Halaqah Hadith, SalamFM

💳 Yuran penyertaan: Percuma

📝 Pendaftaran melalui Google Form ini: https://bit.ly/ForumMaalHijrah1443H

🎁 Peserta bertuah bakal mendapat buku terbaru tulisan Prof. Madya Dr Sanusi Azmi yang bertajuk Begini Rasulullah Melayan Keluarga.

📞 Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp Ustaz Wan Abdul Rahman di talian: www.wasap.my/60145088640/forummaalhijrah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?