Mahasiswa jangan terpengaruh politik keterlaluan

BANGI, 29 September - Presiden PEMBINA, Ibrahim Mohd Hasan berkata pilihanraya kampus sesi 2012/2013 kali ini memperlihatkan kematangan mahasiswa berpolitik berbanding sebelum ini, namun masih lagi tidak bersih berikutan beberapa insiden yang berlaku.

Jelasnya lagi, mahasiswa tidak perlu terpengaruh dengan politik secara keterlaluan, sebaliknya mereka perlu mempunyai idea sendiri dalam memperjuangkan apa yang mereka inginkan.
“Apa yang kita harapkan sebenarnya mahasiswa tidak terpengaruh dengan politik luar, mahasiswa perlu ada idealisme sendiri dan memperjuangkan apa yang mereka nak.”

Menurut Ibrahim lagi, manifesto yang dibentangkan oleh mahasiswa bersifat mikro dan mereka seharusnya membawa satu agenda yang lebih besar demi kepentingan mahasiswa dalam menerajui arus pembangunan di masa hadapan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang memenangi pilihanraya kampus itu dan menyeru kepada mereka agar menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin serta membawa misi yang lebih besar ke peringkat yang lebih tinggi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian