Dakwah: Mulakan dengan diri sendiri dan keluarga
Segala puji bagi Allah S.W.T. yang memberi anugerah keamanan kepada kita di bumi bertuah Malaysia.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk berdakwah mengajak manusia untuk beramal agar Islam kembali berdaulat semula di bumi Allah. Dakwah yang paling berkesan dimulakan dengan diri sendiri dan keluarga. Menunjukkan contoh dan tauladan yang baik dalam beramal dengan Islam.
Sejarah membuktikan Islam berkembang pesat setelah melihat umatnya beramal dengan Islam di bumi nyata. Begitu juga hari ini Islam boleh bangkit semula dengan cara yang sama. Tidak berjaya akhir umat ini kecuali dengan cara yang telah digunakan oleh umat yang terdahulu.
Oleh kerana itu, kita cuba sedaya upaya untuk menjadi penyumbang kepada kebangkitan Islam bukan menjadi penghalang yang melambatkan lagi kemenangan Islam.
Ulasan
Catat Ulasan