Doa Nabi S.A.W. kepada kaumnya


Dalam peristiwa sirah yang masyhur menceritakan perihal Nabi Muhammad S.A.W. pergi berdakwah ke Taif bersama dengan anak angkat beliau, Zaid Ibn Harithah. Semangat yang berkobar-kobar untuk melihat penerimaan penduduk Taif terhadap Islam bertukar menjadi tragedi sedih. Bukan sahaja mereka tidak menerima dakwah Nabi S.A.W. malahan mereka dihalau keluar dengan lemparan batu yang amat menghinakan.

Hati dan sanubari berasa begitu sayu dan pilu mengenangkan peristiwa kesungguhan baginda berdakwah menyampaikan seruan Islam kepada kaumnya tanpa mengenal erti penat dan lelah, walaupun diperlakukan sebegitu rupa. Kasih baginda kepada kaumnya diungkapkan melalui doanya yang masyhur, " Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti."

Adakah doa ini didoakan oleh Nabi S.A.W. kepada kaumnya yang kafir? Bukan sahaja kafir bahkan melempar batu kepada baginda sehingga mengalir darah di kakinya. Situasi ini sayugia dan sewajarnya menjadi contoh dan tauladan kepada kita sebagai umat Nabi S.A.W. apabila berdepan dengan kaum dan bangsa kita sendiri. Adakah dakwah yang telah disampaikan sudah sampai ke peringkat bangsa kita mengerti Islam yang sebenar, sehingga kita patut mendoakan kebinasaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?