Kejelasan fikrah perjuangan dalam isu Palestin
Penentangan itu dihalakan kepada musuh yang jelas, iaitu Yahudi Zionis. Musuh mereka bukan calang-calang musuh. Yahudi telah disebut dalam Al-Quran sebagai musuh nombor satu umat Islam. Malahan mereka juga menguasai politik dunia yang dijelmakan melalui kuasa Amerika Syarikat. Tidak ada sekelumit pun keraguan untuk menamakan orang yang mati di dalam perjuangan Palestin tersebut sebagai syahid.
Tentera-tentera Hamas daripada Briged Izzudin al-Qassam mempunyai disiplin yang tinggi. Bukan sahaja kemahiran fizikal dititikberatkan malah kekuatan hubungan dengan Allah S.W.T. turut diutamakan. Begitulah jelas dan terangnya isu perjuangan mereka. Tidak ada keraguan dan syubhat yang boleh diperdebatkan lagi.
Namun ironinya, walaupun saingan perjuangan mereka di Tebing Barat dikuasai puak nasionalis Fatah, kehebatan Hamas ialah masih lagi mampu menghulurkan tangan untuk duduk semeja berunding dan berbincang demi survival bangsa Palestin berhadapan dengan musuh Yahudi. Padahal sejarah menceritakan betapa kumpulan Fatah terkenal dengan kezalimannya terhadap Hamas. Bukan sahaja ahli Hamas dipenjarakan, bahkan juga pembunuhan menjadi mainan mereka. Usah dikira pula rasuah dan sogokan, itu sesuatu yang tidak perlu diperkatakan lagi. Sehingga kita melihat kumpulan Fatah menjadi seolah-olah cawangan kepada pertubuhan Yahudi.
Pengajaran yang ingin diutarakan ialah kejelasan fikrah dan perjuangan umat Islam dalam abad ini. Keadaan ini menuntut supaya umat Islam amat perlu dan amat wajib berada di atas perjuangan yang jelas dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat segelintir kelompok yang mengaku mereka sebagai gerakan Islam, namun tidak memiliki kejelasan halatuju perjuangan. Bahkan masih banyak noktah-noktah yang boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, fikrah perjuangannya Islam tetapi masih masih lagi berdolak-dalik dalam isu kebebasan beragama bagi umat Islam, isu LGBT, negara Islam dan lain-lain lagi.
Ulasan
Catat Ulasan