Adakah wanita kurang akal dan agama?
Apakah itu akal? Akal daripada perkataan ikatan, iaitu mengikat sesuatu dan mengetatkannya. Dengan itu, ia tidak bebas melakukan apa sahaja. Akal bermaksud kamu menghalang keinginan kamu daripada terlepas dan melakukannya apa yang perlu sahaja. Jadi akal datang untuk bentang pandangan dan memilih yang paling baik. Penyakit untuk memilih yang paling baik ialah hawa nafsu dan emosi. Wanita terkenal dengan emosinya. Ia amat perlu bagi menjalankan tugas-tugasnya. Oleh itu, akal yang mengawal nafsu dan emosi. Jadi wanita kurang dari sudut akal. Kerana emosi mereka lebih.
Pada saat bapa berkasar dengan anak untuk mendidik, ibu akan bergegas menghalangnya, kerana ia adalah tabiat fitrah wanita. Manusia memerlukan kasih sayang dan belaian daripada ibu. Akal daripada bapa. Dalil yang jelas tentang emosi dan kasih sayang ibu ialah kesanggupannya menanggung segala penat lelah semasa hamil, bersalin dan berjaga malam demi anak. Tidak mungkin lelaki mampu mengalas tugas tersebut. Kita semua menyaksikannya sendiri...
Adapun kurang dari sudut agama, wanita dikecualikan tanggungjawab yang tidak diberi kepada lelaki selama-lamanya. Seperti ibadat solat dan puasa sewaktu wanita datang bulan. Begitu juga jihad, solat jamaah dan solat Jumaat. Justeru, tanggungjawab agama wanita kurang daripada tanggungjawab lelaki. Ini adalah penentuan Allah Taala memandang kepada tugas dan tabiat wanita bukan kekurangan yang ada pada mereka. Oleh kerana itu Allah Taala menetapkan:
Yang bermaksud: (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Nisa: 32)
لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِن فَضْلِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Ulasan
Catat Ulasan