Kenyataan Duta Vatican ancam kedaulatan Islam


KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kerajaan perlu memberi ketegasan kepada Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino supaya menghormati perlembagaan negara Malaysia bahawa Islam sebagai agama Persekutuan, demikian menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata, tindakan segera dan tegas perlu diambil terhadap Marino kerana tidak menghormati kedudukan Islam di Malaysia apabila berani mengeluarkan kenyataan yang menyokong pendirian Persekutuan Kristian Malaysia bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.

“Secara psikologinya Marino telah menghina kehormatan dan mengancam kedaulatan Islam melalui kenyataan biadapnya dalam usaha mencabar status quo umat Islam di Malaysia.

“Makanya dalam hal ini, kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan melepaskannya begitu sahaja, ini hak seluruh umat Islam,” ujar Ustaz Abdullah dalam satu kenyataan media Gabungan NGO Islam di Villa Puteri, hari ini.

Tegas Ustaz Abdullah, Marino atau pihak Kristian yang lain berani mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati umat Islam kerana mereka yakin orang Islam hanya mampu mendengar dan melihat tanpa berbuat apa-apa.

Hal ini ekoran sebelum ini, pelbagai kenyataan dikeluarkan dan apabila tiada tindakan diambil bahkan tiada respon keras dari umat Islam sendiri, justeru mereka semakin berani untuk bertindak sedemikian.

Oleh itu, bermula dari sekarang ujar Ustaz Abdullah, gabungan NGO Islam perlu merancang strategi yang bukan sekadar reaktif tetapi strategi yang lebih sistematik dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang agar hak umat Islam tidak lagi dicabar dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.

Hari ini Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mendesak kerajaan menutup kedutaan dan mengusir Joseph Marino kerana membantah keras kenyataan Marino yang dilihat sengaja berniat jahat untuk mengeruhkan lagi hubungan antara Islam dan Kristian dalam pertikaian isu kalimah Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?