Sukan NAZIM Kuala Terengganu 2013

Wartawan: Saudari Nurul Hidayah Abdul Aziz

BATU BUROK, 30 Mei – Berlatarkan suasana pantai dan di bawah rimbunan pohon rhu, satu program sukan NAZIM telah berjaya diadakan dengan jayanya. Walaupun paginya diawali dengan hujan renyai-renyai, seramai lebih kurang 25 orang adik-adik NAZIM tetap bersemangat untuk beraktiviti.

Program dimulakan dengan santapan pagi sambil pengisian tazkirah tokoh Saidina Ali bin Abi Talib oleh Ustazah Wan Noraini iaitu Ketua NAZIM Kuala Terengganu. Penceritaan berkesan detik Saidina Ali menggantikan Rasulullah S.A.W. di tempat tidur baginda pada malam hijrah membakar obor keberanian adik-adik untuk turut mencontohi khalifah keempat Khulafa’ Ar-Rasyidin itu. Beliau turut menerapkan mereka tentang kepentingan menjaga solat dan akhlak yang baik dalam kehidupan seharian agar boleh menjadi individu sehebat tokoh-tokoh sahabat Rasulallah S.A.W.

Antara sukaneka yang diadakan adalah cari gula-gula dalam tepung, passing getah menggunakan penyedut minuman, mini explorace dan bermain di taman permainan. Sukaneka yang dibantu oleh enam orang mahasiswi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu mencetus keriangan para peserta.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh Ustazah Mahani Muda iaitu Ketua Biro Wanita ISMA Kuala Terengganu sebelum sesi bergambar kenangan bersama-sama peserta sukan NAZIM 2013. Program sebegini diharapkan dapat diadakan lagi sebagai satu langkah yang baik untuk mengeratkan silaturrahim di samping bersukan menyihatkan tubuh badan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?