ISMA seru kumpulan Kristian menjaga keharmonian hubungan kaum dan agama


BANGI, 14 Oktober – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini menyeru kumpulan Kristian supaya menjaga keharmonian hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

Seruan itu disampaikan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kepada wartawan ISMA berhubung keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang melarang penerbitan gereja menggunakan kalimah Allah pagi tadi.

Ustaz Abdullah turut menyeru agar pihak Kristian meninggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

“Tinggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum kerana orang Islam di negara ini akan menentang sebarang niat jahat dari mana-mana pihak yang ingin mengancam masa depan mereka,” kata beliau.

Tambahnya, sebagai warganegara mereka harus akur dengan kedaulatan Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini.

“Tindakan mencabar hakikat tersebut boleh menjejaskan kesetiaan mereka kepada raja dan negara.

“Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan raja yang menjaga kedaulatan agama itu,” katanya lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?