ISMA lancar kempen ‘Sejuta Ummah Tolak Comango’



BANGI, 16 Disember – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini melancarkan kempen ‘Sejuta Ummah Tolak Comango’ sebagai bukti bahawa masyarakat negara ini membantah segala tuntutan biadap gabungan NGO liberal Comango.

Kempen ini dijalankan dengan mengumpulkan tandatangan secara fizikal dan petisyen atas talian.Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, sejuta tandatangan ini akan diserahkan kepada pihak kerajaan sebagai bukti bahawa dakwaan Comango adalah palsu dan perlu ditolak dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka.“Kita akan menyerahkannya kepada pihak kerajaan dan ini juga sebagai isyarat kepada negara-negara anggota PBB supaya menolak tuntutan mereka (Comango),” kata beliau kepada wartawan ISMA.Katanya lagi, ISMA selaku gerakan Islam memandang berat tuntutan-tuntutan Comango yang mencabar Islam dan perlembagaan negara.“Tindakan mereka yang jahat ini boleh mengakibatkan tergugatnya keharmonian kaum yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai.“Oleh itu kita telah mengambil inisiatif menjalankan penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang ancaman yang dibawa oleh Comango,” katanya lagi.Sehingga kini, sebanyak 15 buah ceramah ‘Kempen Selamatkan Ummah’ yang menerangkan bahaya Comango telah diadakan di seluruh negara termasuk di beberapa buah institut pengajian tinggi awam sejak awal November lalu.Katanya, terdapat banyak lagi siri ceramah penerangan akan diadakan bagi menyedarkan masyarakat tentang bahaya Comango selain dapat mengumpulkan tandatangan ini.Selain itu, 80 ribu risalah bahaya Comango juga telah disebarkan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Tuan Haji Aminuddin yang juga Ketua Biro Politik ISMA menyeru semua umat Islam tampil bersama-sama dengan ISMA dalam usaha mengumpulkan tandatangan ini. “ISMA menyeru semua umat Islam dari pelbagai pihak untuk tampil ke hadapan bersama-sama dengan kami untuk mengumpulkan tandatangan ini sebagai sokongan membantah Comango,” kata beliau.Selain menandatangani borang yang diedarkan oleh petugas-petugas ISMA, orang ramai juga boleh menandatangani petisyen atas talian yang boleh didapati pada pautan berikut:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?