Perletakan jawatan ADUN Kajang hanya korbankan tenaga dan harta rakyat – Dr. Khairuddin At-Takiri
Dengan perletakan jawatan itu ianya hanya akan menyebabkan berlaku lagi pilihan raya kecil yang akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.
Jadi katanya, PKR perlu memberikan penjelasan yang munasabah terhadap apa yang berlaku.
Kenyataan beliau yang dipetik dari DPP Official (facebook) menyatakan bahawa sejarah PRU ke 12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang mana sekaligus telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.
Dan kini sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN.
Justeru ujarnya, perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos sara hidup.
Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh telah mengumumkan peletakan jawatan Chin Cheh.
Bagaimanpun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya pilihan raya kecil tersebut diadakan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan