Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Konvensyen Wanita Islam 2014

Imej
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menganjurkan program Konvensyen Wanita Islam [KONWANIS] 2014 pada 26 April 2014 bertempat di Dewan Tun Canselor, Multimedia University, Cyberjaya. KONWANIS kali ke-5 ini akan menampilkan tokoh-tokoh wanita Islam di Malaysia yang akan membicarakan tentang pelbagai topik menarik berkaitan Wanita Islam serta hak mereka. Ayuh, daftar segera di http://konwanis.net/pendaftaran/ untuk mendapatkan harga istimewa RM100. Layari http://konwanis.net/ untuk maklumat lanjut.

Haram sokong Comango: Resolusi Muzakarah Ulama diserahkan kepada Mufti Terengganu

Imej
Wartawan: Mohamad Azran Faris Mohamad Azemi KUALA TERENGGANU, 1 Februari  – Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kuala Terengganu, Ustaz Kamaruddin Awang Mat telah menyerahkan Resolusi Muzakarah Ulama yang mengharamkan umat Islam daripada menyokong tuntutan-tuntutan Gabungan NGO Liberal (Comango) kepada Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dr. Zulkifly Muda di Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu pada Khamis lalu. Ketika ditemui, Ustaz Kamaruddin melahirkan kebimbangan terhadap ancaman aqidah yang melanda umat Islam di Malaysia hari ini oleh Comango berdasarkan tuntutan-tuntutan mereka yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. “Alhamdulillah, berkat usaha ISMA dalam menyedarkan umat Islam di Malaysia tentang ancaman ini melalui pengumpulan satu juta tandatangan bantahan dan juga ceramah-ceramah bahaya Comango yang berlangung di setiap negeri diharap dapat membuka mata pihak kerajaan untuk mengambil tindakan yan