Berita sana sini

Jika ada yang perasan sejak kebelakangan ini bila kita ‘log in’ facebook akan keluar berita: "Baru tadi sepupu saya meninggal dunia." "Dapat berita housemate yang paling baik pernah aku jumpa meninggal kemalangan." "Tinggal beberapa hari lagi result SPM 2013 akan keluar. Dia telah dijemput Ilahi." "Al-Fatihah buat adik aku." Inna lillahi wa inna ilahi rojiu’n Boleh dikatakan setiap minggu atau mungkin saban hari berita kematian. Mungkin kita sahaja yang tidak tahu kerana pengetahuan dan ilmu kita yang terhad. Walaupun sekarang merupakan era globalisasi dengan penggunaan Internet tanpa had tetapi masih tidak semua berita akan kita peroleh jika tanpa keizinan dan kehendak dari Pencipta Alam. Di kala kita sibuk mengendalikan atau menghadiri program. Di kala kita sedang menghadapi peperiksaan. Di kala kita sedang menjalani ujian memandu atau kelas memandu. Berita ini akan tersebar tanpa mengira keadaan mahupun waktu. Boleh jadi juga