.jpg) |
Para peserta PRISMA'14 bersama dengan barisan urusetia/fasilitator |
KUALA BERANG, 1 Jun – Seramai 73 orang anak-anak ahli ISMA dari 14 cawangan ISMA (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu & Kelantan) telah menyertai program Perkhemahan Anak-Anak ISMA (PRISMA) anjuran ISMA Kuala Terengganu, selaku tuan rumah tahun ini bermula dari 31 Mei hingga 1 Jun lalu di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu.
Wakil Biro Tarbiyah Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Engku Omar Amiruddin Engku Ali dalam ucapan penutup program ini, telah menegaskan pemuda tunjang kebangkitan Islam. Tambah beliau, sirah para sahabat Rasulullah SAW sendiri telah membuktikan bahawa kehebatan Islam umumnya telah dicipta oleh pemuda-pemuda berani dan tinggi imannya seperti Zaid bin Tsabit dan Muaz bin Jabal.
"Anda semua ini (peserta PRISMA) merupakan aset berharga kepada Islam. Kamu adalah rantai-rantai yang akan menyambung perjuangan dakwah ISMA untuk masa hadapan," tegas Ustaz Engku Omar.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan seperti aktiviti air, aktiviti ketahanan fizikal, motivasi dan rohani. Di samping para peserta juga berpeluang berkenalan antara satu sama lain.
 |
Kain rentang PRISMA 2014 |
 |
Aktiviti air |
 |
Peserta perempuan di PRISMA 2014 |
Ulasan
Catat Ulasan