Rebutlah kebaikan di bulan Ramadhan
KUALA TERENGGANU, 1 Julai – “Bulan Ramadhan adalah peluang yang diberikan Allah S.W.T kepada hamba-Nya untuk membuat sebanyak-banyaknya amal kebaikan, sebaliknya menutup segala pintu kejahatan. “Namun, ia memerlukan kesungguhan dan terbuka kepada sesiapa yang ingin mendapatkannya,” ujar Ustaz Kamarudin bin Awang Mat, Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu. Beliau menyampaikan tazkirah puasa bertajuk ‘Ramadhan daripada dua sudut’ dalam program perjumpaan ramah mesra ISMA bersama ahli-ahli baru itu membawa para hadirin kepada penghayatan Ramadhan yang bakal dilalui. Ramadhan daripada dua sudut yang dimaksudkan ialah daripada sudut kelebihan bulan Ramadhan dan persediaan serta keazaman yang perlu dilakukan untuk menghadapinya agar sebulan yang dilalui itu menatijahkan ketaqwaan. “Bulan Ramadhan sangat mulia sehingga diturunkan al-Quran yang menjadi pedoman dan petunjuk dalam kehidupan kita. “Justeru, rasailah kelebihan tersebut daripada sudut intipa...