Ambil tindakan segera kembalikan tanah rizab Melayu


BANGI, 30 Oktober – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menuntut agar pihak kerajaan dengan segera mengembalikan tanah rizab orang Melayu yang sudah semakin menyusut.

Ini berikutan seperti pendedahan media baru-baru ini bahawa tanah rizab Melayu kini menyusut kepada 12% yang sepatutnya berjumlah 50% menurut Wasiat Raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 suatu ketika dahulu.

Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, perkara ini perlu tindakan serius.

“Sikap membisu kerajaan dalam isu tanah rizab Melayu dipertikai. Ia tidak sepatutnya berlaku ekoran tanah rizab adalah merupakan satu perkara asas dalam menjamin kedaulatan dan survival bangsa Melayu,” katanya.

Dalam Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan ada menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama sifat dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Jadi ujar Ustaz Abdullah, bagi mereka yang menyalahgunakan penjualan tanah rizab ini jelas melakukan tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu ketika ini kita mahu kerajaan menunjukkan yang mereka menjunjung perlembagaan dan komited pada masa depan umat Melayu.

“Peliharalah tanah rizab Melayu, jangan sampai kita dagang di bumi sendiri,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian