Bina penguasaan ekonomi untuk elak umat Islam diperkotak-katikkan


SEREMBAN, 26 Oktober – Umat Islam perlu membina penguasaan dalam bidang ekonomi supaya menjadi satu umat yang disegani dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.

Yang Dipertua ISMA Cawangan Seremban, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, penguasaan dalam bidang ekonomi adalah fardu kifayah ke atas orang Islam dalam mencapai maqasid syarak kerana realitinya siapa yang menguasai ekonomi maka dia ada kuasa penentu dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual wartawan ISMAWeb selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Ikatan Muslimin Seremban Berhad di sini baru-baru ini.

Tegasnya, kekuatan ekonomi adalah antara tunjang kepada kestabilan dan kekuatan sesuatu umat, dan secara lumrahnya umat yang hebat dari segi ekonominya maka umat itu pasti disegani oleh orang lain.

“Ekonomi umat Islam yang kuat, stabil dan berdaya saing akan mengurangkan kebergantungan kepada pihak-pihak lain sekaligus mengurangkan risiko penjajahan oleh kuasa asing dari sudut ekonominya,” jelas Ustaz Zamani lagi.

Koperasi Ikatan Muslimin Seremban Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan matlamat untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi umat Islam melalui pelaksanaan pelbagai projek ekonomi.

Koperasi ini sebahagian besarnya dianggotai oleh ahli-ahli ISMA di sekitar Seremban.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?