Ekuiti korporat bumiputera bawah 25 peratus


KUALA LUMPUR, 29 Oktober –  Menurut Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh, populasi bangsa Melayu di Malaysia lebih 60 peratus namun kadar ekuiti korporat bumiputera masih di bawah 25 peratus, premis perniagaan di bawah 20 peratus dan kadar akauntan bumiputera bertauliah hanya 8 peratus.

Oleh itu, beliau menggesa masyarakat Melayu hari ini menerajui rangka pemikiran ke hadapan agar bangsa ini tidak pupus ditelan zaman.

Untuk itu, beliau berkata, mereka perlu mengambil langkah proaktif dalam memartabatkan bangsa selaras dengan keadaan semasa.

“Kita kena hentikan budaya meminta, saya tidak mahu lihat bangsa kita sebagai ‘a fast food nation’, semuanya nak cepat, semuanya nak duit, semuanya nak bantuan.

“Kini tiba masanya masyarakat Melayu perlu sedar, kita lihat satu bangsa itu perlu ada kebangkitan, perlu ada ‘improvement’, perlu ada rejuvenasi.

“Bangsa yang tidak ada kebangkitan, tidak ada penambahbaikan akan lupus,” katanya.

Beliau mengutarakan pandangan ini dalam temu bual dengan pemberita ketika menghadiri Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia di sini.

Sementara itu, Penasihat Sosiobudaya kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pembangunan tulisan jawi sebagai warisan Melayu haruslah dibantu menerusi badan-badan bukan kerajan, guru-guru serta badan-badan berkaitan warisan.

“Usaha ini tidak boleh diserahkan kepada pihak kementerian berkenaan sahaja,” katanya.

Beliau menekankan perlunya warisan itu dipelihara kerana tulisan jawi tidak saja merupakan skrip budaya dan agama malah cerminan bangsa Melayu yang hampir pupus.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?