FMT berniat jahat menghina Presiden ISMA


BANGI, 20 Oktober – Portal berita Free Malaysia Today (FMT) berniat jahat menghina Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman apabila menyiarkan gambar beliau yang disunting berada bersebelahan dengan seekor anjing di laman facebook portal itu.

Bercakap kepada ISMAweb, Ustaz Abdullah mempersoalkan tindakan tersebut dan menuntut pihak FMT menarik balik gambar dan memohon maaf serta merta.

“Perbuatan itu disengajakan. Mengapa diletakkan gambar saya sebelah anjing? FMT berniat jahat dan menghina saya.

“Gambar itu wajib ditarik balik, FMT perlu buat permohonan maaf terbuka, jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” tegas beliau.

FMT hari ini menyiarkan berita bertajuk ‘Pegang anjing bukti jiwa Melayu kosong’ yang memetik kenyataan Ustaz Abdullah Zaik dan Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi.

Dalam berita itu, Ustaz Abdullah menegaskan aktiviti memegang anjing ‘I Want to Touch a Dog’ yang dijalankan semalam jelas menunjukkan ada agenda pihak tertentu yang berdiri di belakang golongan Yahudi, kerana golongan mereka jelas secara terang-terangan menolak agama dan sering mempersendakan agama.

“Saya hanya menyebut Yahudi, agenda Yahudi, mengapa FMT perlu sakit hati?” katanya lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?