ISMA dipuji lantang melawan liberalisme
MADINAT NASR, 24 Oktober – Keistimewaan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang paling menonjol adalah kelantangan dalam melawan arus liberalisme. Pujian tersebut telah dinyatakan oleh Tuan Haji Azmi bin Muhamad, Setiausaha II Pendidikan, Kebajikan, Pembangunan Pelajar dan Multimedia.
“Satu perkara yang saya respect (kagum) dengan ISMA ialah kelantangannya melawan arus liberalisme,” katanya ketika berucap dalam ucapan perasmian Hari ISMA 2014.
Tambahnya lagi, arus liberalisme membuat seruan supaya manusia menerapkan neraca pemikiran barat dan logik semata-mata sebagai panduan hidup. Pemikiran ini sangat bahaya dan beliau memuji usaha ISMA dalam menangkis arus ini.
Selain itu, beliau berkata lagi, ISMA mempunyai keistimewaan sebagai NGO yang mampu bersuara lebih lantang untuk menegakkan visi dan misinya yang tersendiri. Beliau juga menyatakan harapan supaya kerjasama ISMA Mesir dan EME selepas ini lebih erat.
Hari ISMA 2014 telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah. Perjumpaan tahunan ISMA Mesir itu mengumpulkan seluruh ahli dari setiap syukbah bagi berkongsi visi dan misi bersama.
Ulasan
Catat Ulasan