Kepelbagaian politik dibenarkan tapi terbatas dalam lingkungan syarak


BANGI, 26 Oktober – Kewujudan pelbagai parti politik termasuk parti-parti bukan Islam diterima dalam negara Islam, namun agenda-agenda yang diperjuangkan terbatas dalam lingkungan syarak.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata Islam menerima kepelbagaian politik tanpa menafikan hak orang bukan Islam.

“Namun penglibatan yang diberikan kepada mereka mempunyai kadar tertentu dan ada hadnya. Orang bukan islam boleh menyuarakan hak-hak mereka seperti dalam isu pendidikan, kebajikan, sosial dan sebagainya.

“Kita tidak menafikan hak mereka, jika mereka mahu bersuara dalam pendidikan atau lain-lain kita benarkan.

“Asalkan mereka tidak sesekali melakukan usaha untuk mengubah identiti negara atau melakukan cubaan ke tahap mencabar dan mengubah hukum asas yang menjadi identiti negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di Simposium Pemikiran Politik Islam dekat sini semalam.

Jelas beliau, apa yang berlaku sekarang ialah ada pihak yang bergerak melangkaui perlembagaan malah mencabarnya. Sehinggakan, kadang-kala timbul isu hendak menjadikan negara ini negara Kristian.

Puncanya, kebebasan politik di negara ini sangat terbuka. Contohnya, agenda Malaysian Malaysia bercanggah dengan perlembagaan, tetapi ianya masih bebas diperjuangkan atas nama kebebasan politik.

“Walhal di negara lain tidak ada yang membenarkan perkara sebegini berlaku. Tetapi di negara kita, kepelbagaian politik itu terlalu bebas tanpa batas,” ujarnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?