Kepimpinan Islam perlu miliki kuasa politik dominan


BANGI, 25 Oktober – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kepimpinan Islam hari ini harus memiliki kuasa politik dominan yang kuat.
Dalam Siyasah Syar’iyyah, politik Islam bukan sekadar melihat kepada sudut urus tadir, soal gaji, bukan juga dalam pola perbalahan pemerintah dengan pembangkang semata-mata, tetapi lebih kepada masa depan dan survival umat Islam.

“Makna kata ia perlu meliputi aspek yang lebih luas dan mendasar dalam memastikan masa depan Melayu dan dominasi kuasa politik orang Melayu Islam terus terjamin.

“Termasuklah dari sudut dakwah, islah dan jihad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Membentuk Gagasan Pemikiran Politik Islam (baru) dalam realiti Malaysia berdasarkan Siyasah Syar’iyyah’ di Simposium Pemikiran Politik Islam anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam.

Selain itu ulas Ustaz Abdullah juga, tugas utama politikus Islam seharusnya adalah untuk menegakkan nilai, akhlak dan memastikan pelaksanaan akidah masyarakat tidak tercemar.

Namun begitu dalam realiti politik sama ada dalam Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat, mereka tidak membincangkan mengenai moral, akhlak dan akidah.

“Mereka mengamalkan politik sekular. Mereka dengan jelas telah meninggalkan aspek penting dalam Siyasah Syar’iyyah sekalipun mereka mengakui mereka adalah kepimpinan politik Islam.

“Sebab itu munculnya perkara macam-macam seperti Oktoberfest, acara menyentuh anjing, lelaki memakai tumit tinggi dan lain-lain yang mencabar nilai, moral dan pegangan masyrakat Islam di negara kita,” ujarnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?