Pelajari politik Islam elak agama tergadai
Wartawan: Nurul Husna Che Hamzah
BANGI, 26 Oktober – Ilmu tentang politik Islam atau siyasah syar’iyyah itu wajib dipelajari oleh setiap individu muslim kerana ia penting dalam membentuk sebuah negara Islam.
“Ilmu siyasah syar’iyyah wajib dikuasai oleh setiap rakyat, bukannya hanya bagi pemerintah sebagai individu yang melaksanakan politik sahaja kerana rakyat berperanan besar dalam menentukan hala tuju dan kedudukan Islam dalam negara.
“Dengan itu rakyat yang faham akan bertindak menegur kerajaan melalui medium-medium tertentu supaya pemerintah tidak melakukan kesilapan yang mampu menjatuhkan kedudukan Islam.”
Demikian kenyataan Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS) Ustaz Ahmad Zainal Abidin ketika menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Relevansi konsep negara Islam: Pelaksanaannya dalam sistem demokrasi di Malaysia’ di Simposium Pemikiran Politik Islam di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam.
“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan, dinyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tanpa menafikan hak agama-agama lain untuk diamalkan dengan bebas.
“Namun, ramai melihat bahawa politik sekarang sebagai sesuatu yang jijik akibat dicemari dengan unsur rasuah, fitnah, lucah dan sebagainya sedangkan politik Islam yang sebenar adalah sesuatu yang mengikut syarak dan merupakan sumber kehidupan manusia,” ujarnya.
Tambah beliau, siyasah syar’iyyah atau konsep negara Islam telah lama wujud dan diamalkan sejak berabad lamanya sejak zaman kenabian dan Khulafa’ Ar-Rashidin. Ini secara jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu sunnatul muktabar iaitu sunnah yang praktikal dan wajib diikut oleh generasi sekarang dan akan datang.
“Siyasah syar’iyyah ini sangat penting untuk dipelajari kerana ia dapat menentukan hala tuju Islam di dalam negara kita dan dapat membimbing kita daripada tersilap langkah dan terperangkap kerana musuh Islam sentiasa menunggu-nunggu peluang untuk menjatuhkan Islam di Malaysia. Contohnya jika ada pihak mahu perkataan Islam dibuang daripada perlembagaan, kita akan mempertahankannya.
“Bagi golongan yang gemar berhujah mengikut hujah akal semata-mata, mereka mempersoalkan di manakah dalil tentang kewajipan melaksanakan siyasah syar’iyyah memandangkan siyasah syar’iyyah ini tidak disebut secara terus daripada Al-Quran.
“Sebenarnya asas pelaksanaan siyasah syar’iyyah adalah daripada Al-Quran dan hadis yang merupakan petunjuk atau wahyu daripada Allah, maka secara tidak langsung ia adalah sebahagian daripada syariah Islam seterusnya wajib diikuti dan dilaksanakan oleh umat Islam.
Anak-anak muda sekarang melihat konsep negara Islam dalam bentuk yang terlalu rigid dan ada juga yang melihatnya sebagai sesuatu yang terlalu longgar. Terlalu rigid yang dimaksudkan adalah dengan menganggap negara Islam bukanlah sesuatu yang praktikal pada zaman sekarang manakala bagi yang berpendapat ia sebagai sesuatu yang terlalu longgar, berpendapat bahawa pemerintah boleh mentadbir negara dan umat mengikut sesuka hati.
“Untuk memahami konsep siyasah syar’iyyah sebagai contoh, kita boleh mengambil pengajaran daripada kisah pengembaraan Nabi Khidir dan Nabi Musa yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi dari ayat 65-82.
“Walaupun tindakan Nabi Khidir dianggap kejam dan merosakkan mengikut pandangan Nabi Musa, namun Allah s.w.t. lebih mengetahui hikmah yang terselindung di sebalik sedikit kerosakan dilakukan yang akan memberi kesan positif untuk jangka masa panjang.
Namun, begitulah hakikatnya maksud siyasah syar’iyyah yang disuruh dalam Islam iaitu demi mendatangkan kemaslahatan dan kebaikan umat seluruhnya dan menjauhkan kemudaratan dalam kalangan manusia.
Sumber

Ulasan
Catat Ulasan