Rahman bidas LGE, politikus hipokrit


BANGI, 27 Oktober – Naib Presiden ISMA, Abdul Rahman Mat Dali hari ini menyelar Lim Guan Eng atas tindakan Setiausaha Agung DAP itu yang ‘mengadu’ kepada Najib tentang ISMA dengan menyifatkan tindakan itu sebagai ‘bapa borek anak rintik’ dan demokrasi hipokrit.

Katanya, Guan Eng sama sahaja seperti ayahnya Kit Siang yang tak habis-habis merungut tentang ISMA.

“Seperti bapanya, Guan Eng keliru dan mempunyai minda yang serabut dan bercanggah dengan prinsip hipokrit mereka yang kononnya mendokong demokrasi”

“Kalau dia nak kata apa sahaja termasuk perkara yang bertentangan dengan perlembagaan Malaysia atau yang menyinggung orang Melayu, itu tidak mengapa kerana itu adalah ‘demokrasi’.

“Tapi bila apa-apa perkara yang menyentuh dan dianggap merugikan Cina, Kristian dan pihak-pihak berkepentingan kepada dia, dia akan melenting dan kepanasan”, katanya.

Tambah Rahman Mat Dali, kegelisahan Setiausaha Agung DAP itu adalah kerana mereka sedar ISMA tahu agenda mereka.

“Mereka gelisah dengan ISMA yang tahu agenda perjuangan mereka. Kerana itu mereka melenting. Ternyata demokrasi yang dilaung-laungkan Guan Eng hanya demokrasi hipokrit!”, tegasnya.

Dalam satu kenyataan semalam, Lim Guan Eng dengan tidak malu mendesak Najib mengambil tindakan terhadap ISMA di atas kenyataan Ustaz Abdullah Zaik tentang politik Islam di Simposium Pemikiran Politik Islam di Uniten baru-baru ini.

Guan Eng dengan angkuhnya menggelar ISMA sebagai NGO yang ‘ekstrim’ serta mempersoalkan konsep wasatiyyah Najib seandainya tiada tindakan yang diambil terhadap ISMA.

Sebaliknya, Rahman Mat Dali berkata DAP yang ekstrim kerana menentang perlaksanaan Islam dan menentang pembangunan bangsa Melayu.

“Guan Eng marah prinsip politik Islam ada menentang golongan kafir. Dia (Guan Eng) nak ajar politik Islam versi DAP kah?” soal beliau.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?