Sekolah satu aliran akan rapatkan perpaduan antara kaum – i-Guru
BANGI, 21 Oktober – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa sekolah satu aliran diperlukan bagi menemui titik perpaduan dalam kalangan rakyat bermula peringkat persekolahan.
Menurut Setiausaha i-Guru, Nur Aizam Idris, pengenalan semula sistem sekolah satu aliran seperti yang dicadangkan sudah tentu dapat merapatkan kembali perpaduan yang semakin retak ini.
“Semua maklum bahawa kewujudan sekolah vernakular pelbagai aliran ini sememangnya bercanggah dengan perlembagaan.
“Ia ternyata juga membawa kesan yang negatif kepada perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita seperti yang berlaku sekarang,” katanya mengulas kenyataan Datuk Zahid yang melihat sudah sampai masanya untuk sekolah satu aliran diwujudkan dalam sistem pendidikan.
Selain itu, tambah Aizam, i-Guru turut berpandangan bahawa kewujudan sekolah-sekolah agama Islam di semua peringkat juga harus dipertahankan memandangkan ianya termaktub dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia.
Bukan itu sahaja, kewujudan dan pembinaan lebih banyak SBP, MRSM dan Sbpi juga perlu diberi perhatian kerana ianya merupakan salah satu daripada hak keistimewaan kaum bumiputera yang telah dipersetujui bersama.
Ulasan
Catat Ulasan