Seminar Fiqh Wanita: Penceraian: Mencari Pelangi Selepas Hujan


Menurut laporan dari Kementeri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam tempoh antara Januari hingga Jun tahun lalu kes penceraian di kalangan pasangan yang beragama Islam adalah sebanyak 22,165 kes.

Perkara ini sudah tentu membimbangkan banyak pihak. Hal ini kerana kesan dari penceraian tersebut boleh memporak perandakan institusi kekeluargaan.

Lebih buruk lagi, pasti akan ada segelintir wanita yaang teraniaya disebabkan penceraian. Antaranya adalah melibatkan hak-hak mereka selepas bercerai. Barangkali mereka tidak peka dengan hak yang telah diberikan.

Justeru, Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Shah Alam menyusun program yang  berkaitan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat akan kepentingan memahami garis panduan dalam Islam mengenai isu hak wanita dalam penceraian.

“Dengan pendedahan terhadap ilmu pengetahuan ini pada setiap wanita muslimah khususnya diharapkan mampu membanteras isu penganiayaan terhadap wanita dan tidak menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri,” ujar Ustazah Dewi Farah Ruhaida Bt. Kamarudin, Pengarah Seminar Fiqh Wanita Siri ke-2 ‘Hak-hak Wanita dalam Penceraian’.

Pada seminar ini akan membentangkan dua kertas kerja iaitu ‘Penceraian “Musibah menjadi Rahmah?’ oleh UstazahNoriah Bt Yusoh, guru Syariah Islamiyyah KISAS. Manakala kertas kerja yang seterusnya membincangkan tentang ‘Hak-hak Wanita dalam Penceraian (Perundangan)’  oleh Puan Nor Laili bt Mohamad, Pegawai Syariah di Unit Guaman Syarie Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Seterusnya forum ‘Mencari Pelangi selepas Hujan’ yang akan penampilkan Ustazah Dr. Norsaleha Bt. Mohd Salleh, Ketua Wanita ISMA dan Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Bina Bahagia Services dan akan dikendalikan oleh Ustazah Nur Fatin Kamaluddin.

Program ini turut mendapat kerjasama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPI) & Badan Islam PKNS.

Bakal berlangsung di Auditorium Perpustakaan  Raja Tun Uda Shah Alam pada 9 November 2014 ini dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

Yuran sebanyak  RM 15.00 bagi dewasa dan RM 10.00 bagi pelajar dan boleh dibayar melalui Akaun Maybank 162807085704 (Dewi).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia di talian 017-3455676.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?