Teladani keikhlasan dan ketaqwaan pejuang di Gaza


PANTAI DALAM, 28 Oktober – Peristiwa pengunduran tentera Israel dari Gaza yang berlaku dalam perang Al-’Asfu al Ma’kul pada bulan Ramadhan yang lepas menunjukkan terdapat keajaiban yang berlaku dalam peperangan tersebut hasil daripada pertolongan Allah S.W.T. kepada mereka yang berjuang kerana-Nya.

“Pada tahun 1967 Israel pernah berperang dengan enam buah negara Arab yang bergabung tenaga, tetapi gabungan itu masih tidak dapat mengalahkan Israel. Tetapi tidak pada tahun ini,” ujar Ustaz Nazri Mohd Noor dalam ceramahnya yang bertajuk “Keajaiban Perang Di Gaza” yang diadakan di Masjid Jamek Al-Khadijiah anjuran pihak masjid bersama Aman Palestin dan ISMA Kuala Lumpur.

Justeru itu, Ustaz Nazri yang merupakan perunding Aman Palestin dan juga AJK Biro Dakwah ISMA menyeru masyarakat supaya mencontohi pejuang-pejuang Al-Qassam yang ikhlas berjuang dan bertaqwa kepada Allah.

Beliau berkata demikian sejurus membaca petikan ayat dari Surah Muhammad, “Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Menurutnya, Gaza yang hanya sebesar negeri Pulau Pinang itu mampu menundukkan negara haram Israel dengan mendesak supaya menerima segala tuntutan yang dikemukakan.

Kejutan demi kejutan yang dipertontonkan kepada masyarakat dunia bagaimana tentera Bridged Al-Qassam menyerang balas serangan Israel dalam perang 51 hari itu.

Bermula dengan roket buatan sendiri yang mampu terbang sejauh 80 kilometer diikuti dengan serangan hendap skuad komando amfibia, drone ababil tanpa pemandu dan skuad penembak tepat membuktikan kebolehan Bridged Al-Qassam dalam menandingi kekuatan tentera Israel yang disokong Amerika Syarikat dan sekutu.

“Apakah tuan-tuan masih tidak nampak lagi keajaiban yang berlaku?” tanya Ustaz Nazri kepada hadirin.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?