1,000 askar wataniah politeknik sedia bantu


DUNGUN, 14 November - Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sedia mengerah kira-kira 1,000 anggota askar wataniah dari 14 buah politeknik di seluruh Malaysia untuk membantu mangsa banjir seluruh negara.
 
Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Mohd Pauzi Ibrahim berkata pelajar yang menyertai askar wataniah akan digerakkan bagi membantu mangsa banjir dengan memindahkan mangsa dan melakukan kerja sukarela di pusat pemindahan.
 
Beliau yang mewakili Ketua Pengarah JPP Datuk Mokhlis Jaafar, bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Kem Latihan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MaipTAAC) oleh Panglima 2 Divisyen Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukuri Ahmad.
 
Kem latihan siri ke-9 itu melibatkan hampir 500 anggota askar wataniah dari 14 politeknik seluruh Malaysia dan berlangsung selama dua minggu bermula hari ini hingga 26 November ini.
 
"Kem ini sememangnya memberi manfaat kepada pelajar dalam membina jati diri, disiplin dan pelbagai aktiviti akan dijalankan melibatkan kemahiran ketenteraan seperti menembak, pertandingan kawad dan latihan medan bagi fasa peperangan konvensional," kata Mohd Pauzi.
 
Beliau berkata sehingga kini, 14 daripada 33 buah politeknik di seluruh negara mempunyai anggota askar wataniah dengan kekuatan keseluruhan 43 pegawai dan 1,783 anggota lain-lain pangkat melebihi kekuatan dua batalion infantri. - Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?