Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Ahad
KUALA LUMPUR, 13 November (Bernama) -- Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini Khamis berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam itu dijangka berterusan sehingga Ahad (16 Nov).
Angin kencang tersebut juga akan menyebabkan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ulasan
Catat Ulasan