Bekas Naib Presiden Sudan: Cari formula elak pertumpahan darah di dunia Islam


KUALA LUMPUR, 11 November – Bekas Timbalan Presiden 1 Sudan, Dr. Ali Osman Taha mencadangkan agar Persidangan Kuala Lumpur (KL Summit) yang mempertemukan tokoh tokoh Islam Timur Tengah dapat menemui formula berkesan untuk menghentikan pertumpahan darah yang berlaku dalam dunia Islam.

Katanya, satu kenyataan yang tegas perlu dibuat kepada kepada kumpulan yang menghalalkan pembunuhan secara besar-besaran.

“Ini sebagai bantahan terhadap mereka. Kita menggunakan hujah-hujah yang aman dan tidak berbentuk militan.

“Ini berikutan banyak kejadian berlaku dengan pantas, pertumpahan darah sedang berlaku di mana-mana,” ujarnya ketika berucap di majlis perasmian KL Summit di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pagi ini.

Sehubungan itu jelas Dr. Ali Osman, isu negara sivil adalah antara sebahagian daripada penyelesaian untuk menghentikan pertumpahan darah yang berlaku.

“Ia hanya dapat dilaksanakan dengan menubuhkan sebuah negara sivil yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah,” ujarnya.

Selain itu ujar beliau, persidangan ini adalah platform terbaik bagi semua pemikir Islam untuk berkongsi pengalaman di samping membantu menyelesaikan masalah dihadapi negara masing-masing.

Jadi, ilmu yang diperoleh daripada medium seperti ini mestilah mudah diterima oleh orang awam terutamanya golongan muda untuk membimbing mereka.

KL Summit yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan kesinambungan daripada Persidangan Pemikir Islam Antarabangsa (IMTC) yang diadakan di Kuala Lumpur pada April lalu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?