Didik remaja berpakaian ikut syariat
KUALA TERENGGANU, 2 November - Memberi galakan kepada remaja atau belia ke masjid, secara tidak langsung dapat mendidik golongan itu memilih pakaian yang sesuai dengan adat ketika berada di dalam mahupun di pekarangan masjid.
Ahli Lembaga Pengurusan Masjid Al-Muktafi Billal Shah, Adnan Salleh berkata, menyedari remaja hari ini suka berfesyen, mereka harus bijak memilih pakaian apabila perlu ke masjid.
“Saya lega apabila belia yang hadir pada majlis ini kelihatan berpakaian sopan dan sesuai dengan adat berpakaian di masjid. Secara tidak langsung mereka menunjukkan sikap hormat ketika berada di sini.
“Perkara ini patut dicontohi dan memang ini niat kita supaya mereka (remaja) dapat berfikir secara rasional dalam pemilihan pakaian, sekali gus sedar bahawa sesuatu pakaian itu perlu bersesuaian dengan tempat dikunjungi,” jelasnya pada Pertandingan Street Soccer, Dam Aji dan Catur di masjid berkenaan.
Bagi Adnan, tiada masalah sekiranya golongan remaja hendak kelihatan ‘up to date’ dalam berfesyen tetapi biarlah kena pada tempatnya serta tidak melanggar batas agama Islam tidak kira bagi lelaki atau pun perempuan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan