Empat nelayan Thai ditemui selamat, 2 masih hilang


BESUT, 15 November - Empat nelayan Thailand yang dilapor hilang setelah bot mereka karam di kawasan laut antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang Rabu malam ditemui selamat petang Jumaat, bagaimanapun dua lagi awak-awak masih hilang.

Mereka diselamatkan oleh nelayan tempatan pukul 6 petang Jumaat, berdekatan perairan Pulau Lang Tengah yang kemudiannya melaporkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di Jeti Tok Bali, Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan ketika mengesahkan penemuan itu berkata mereka yang diselamatkan itu dikenali sebagai Suton, 36, yang juga merupakan tekong bot yang karam serta awak-awak mereka yang dikenali sebagai Sawat, 52, Chat Chai, 25, dan Chaiyut, 42.

Setakat ini lima nelayan warga Thailand itu ditemui selamat iaitu seorang lagi rakan mereka, ditemui pada malam Rabu lepas.

"Mereka yang masih hilang dikenali sebagai Chai, 38, dan Sat, 37, yang dipercayai terjatuh bersama lima rakannya yang lain ketika bot laut dalam berukuran 18.70 meter itu karam dipukul ombak besar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamsani berkata, kesemua nelayan itu bekerja dengan pemilik bot tempatan, Mohd Safian Abdul Kadir, 34, dan tuan punya bot itu mengesahkan Jumaat, dua lagi awak-awaknya masih hilang.

Bot yang dibeli oleh Mohd Safian dengan harga RM280,000 pada 2012 itu bertolak dari Jeti Tok Bali kira-kira 10 malam Selasa lepas. - Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?