Generasi muda adalah golongan sasar yang utama


DUBLIN, 4 November - Satu sesi bual bicara bersama wakil-wakil daripada Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) telah diadakan di Malaysian Hall Dublin. Sesi bual bicara ini melibatkan wakil-wakil persatuan pelajar di seluruh Ireland dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang rasional serta kepentingan konsep wasatiyyah dipraktikkan di negara Malaysia.

Sesi ini berlangsung selama dua jam dan dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Education Attache, Encik Norazilee Abd Aziz dan diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah IWM iaitu Tuan Haji Mohd Yusof bin Din. Dalam ucapan beliau, kami didedahkan dengan objektif penubuhan  dan hala tuju IWM. Pendefinisian wasatiyyah tertumpu kepada lima sinonim kata yang saling berkait rapat  antara satu sama lain. Perkataan “wasatiyyah” boleh disinonimkan dengan makna kata sederhana,pertengahan ,berimbang(al-tawazun),adil (al-adlu) dan cemerlang. Allah swt telah memartabatkan umat Islam sebagai “ummatan wasata” iaitu umat pertengahan,terpilih,adil dan cemerlang seperti dirakamkan dalam al Quran;

“Dan demikianlah (sebagai mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu…” (2:143)

Kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang konsep wasatiyyah merupakan satu elemen yang penting dalam menjamin pelaksanaan konsep ini secara praktikal dan menepati garis panduan syarak dalam masyarakat majmuk di Malaysia khususnya. “Mengadabi faham keserhanaan” adalah antara sebaris kata yang cukup jelas untuk menjadi indikator penting dalam baik penghayatan mahupun pelaksanaan program bertemakan wasatiyyah di peringkat nasional.

Menurut Tuan Haji Mohd Yusof bin Din, lima strategi utama telah dirangka bagi merealisasikan perancangan jangka masa panjang IWM. Antaranya adalah menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi lain sama ada di peringkat persekutuan atau negeri,melaksanakan setiap program berdasarkan kelompok sasar,mengenal pasti kesesuaian setiap program yang dilaksanakan dan melaksanakan kajian keberkesanan program sejurus selepas dilaksanakan.

Sesi diteruskan dengan ucapan Pengerusi IWM iaitu Tan Sri Dr Abdullah bin Md Zin dan dalam ucapan beliau, setiap pelaksanaan program sama ada di peringkat individu mahupun masyarakat mestilah berteraskan nilai-nilai wasatiyyah. Beberapa kaedah penting dijadikan panduan bagi mencapai kejayaan penghayatan nilai-nilai wasatiyyah dalam pentadbiran  Malaysia seperti Piagam Madinah,Maqasid al-Syari’ah,siasah syar’iyyah dan fiqh al-aulawiyyat. Sejarah zaman kegemilangan Islam di bawah pimpinan Rasulullah saw telah membuktikan keberkesanan kaedah-kaedah.

Amanat yang diberikan oleh beliau kepada  para mahasiswa adalah untuk sentiasa cakna dengan isu-isu semasa yang mampu mengganggu gugat pentadbiran Malaysia seperti kemunculan ideologi-ideologi yang bercanggah dengan syarak seperti pluralisme,liberalisme,ekstremisme dan feminisme.Generasi muda adalah golongan sasar yang utama untuk mendepani serta menangkis segala agenda asing yang menjadi parasit dalam masyarakat.


Disediakan oleh,
Norfarhanim Abdullah
Aktivis ISMA UK-EIRE

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?