Guan Eng tunjuk samseng lagi!


BANGI, 2 November – Guan Eng sebagai pemimpin utama DAP sekali lagi menunjukkan perangai hodoh dan samsengnya, kata Naib Presiden ISMA, En Abdul Rahman Mat Dali.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan angkuh Guan Eng berkenaan mengeluarkan Anwar daripada penjara lebih awal sekiranya PR berkuasa.

“Sebelum ini, dia (Guan Eng) tunjuk samseng dengan mencabar KPN berkaitan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

“Kali ini, dalam ceramahnya pada 22 Oktober baru-baru ini, sekali lagi dia tunjuk samseng dengan mengatakan bahawa Anwar Ibrahim akan keluar penjara awal sekiranya PR menang.

“Apakah erti kenyataan Guan Eng ini?”, soal Abdul Rahman.

Menurutnya, kenyataan SUA DAP ini jelas menghina institusi mahkamah serta merupakan contoh yang buruk buat masyarakat.

“Kenyataan Guan Eng ini merupakan satu penghinaan terhadap institusi mahkamah.

“Guan Eng menghasut rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia amnya untuk tidak menghormati institusi kehakiman.

“Ini adalah ajaran dan contoh yang sangat buruk kepada rakyat dan perlu dipandang serius”, tegas beliau.

Tambah Abdul Rahman, kata-kata Guan Eng ini jelas menunjukkan ‘mindset’ Guan Eng yang boleh jadi lebih teruk dan zalim dari pihak yang selalu didakwanya sebagai tidak bersih dan zalim.

“Guan Eng memberi isyarat kalau dia dan PR berkuasa, dia akan berada di atas segala undang-undang dan boleh buat sesuka hatinya termasuk membebaskan semua yang didapati bersalah oleh mahkamah.

“Guan Eng juga buat seolah-olah semua hakim yang ada di negara ini adalah tidak adil dan boleh dicucuk hidung belaka oleh kerajaan.

“Saya lihat gelagatnya macam budak nakal. Dia memang tidak layak jadi pemimpin Malaysia”, katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?