Hanya pilih antara dua


Akhir-akhir ini berlaku pertembungan yang semakin menajam antara kelompok-kelompok Islam akibat muncul golongan yang menganut atau mendokong fahaman liberal di kalangan umat Islam.

Ini menyebabkan orang kebanyakan dari kalangan umat Islam keliru apalagi apabila melihat pandangan -pandangan asing itu dibentengi dan dilindungi oleh segelintir “golongan Islam” juga.

Terkini isu MAIS mewartakan sesat ke atas Sister In Islam (SIS) yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama. Muncul dari kalangan mereka yang kononnya berjuang atas nama Islam seperti Khalid Samad, Mujahid Rawa dan Hanifah Maidin mempertikai tindakan MAIS.

Apakah maksud libralisme dan pluralisme dan kenapa ia sesat?

Saya tidak bermaksud untuk menghurai secara mendalam tentang perbahasan libralisme dan pluralisme agama yang telah banyak disentuh sebelum ini. Saya cuma ingin memberi panduan mudah kepada masyarakat awam supaya dapat mengambil pendirian yang betul akibat kekeliruan ini.

Di sana ada dua sekolah pemikiran yang sedang bertembung sekarang: satu bersumberkan pemikiran barat kristian dan kedua sekolah pemikiran berlandaskan Islam.

Yang menyeru kepada libralisme, humanisme, sekularisme, pluralisme agama ni adalah golongan reformis “Islam” yang mengadaptasi pengalaman reformasi dalam pengalaman Kristian.

Guru mereka ialah terdiri dari reformis kristian, jesuit, dan juga Yahudi freemason seperti John Lock, John Hick, Steward Mail, Rene Guenu, Augus Comte dan lain lain.

Jadi ajaran dan fahaman ini apa definasi sekali pun bukan dari ajaran Islam bahkan kalau ditekuni dan diperhalusi secara mendalam merupakan fahaman yang berdiri di atas ethiesme yakni penolakan terhadap tuhan.

Islam pula menyeru kepada keimanan, ketakwaan, tauhid mengesakan Allah S.W.T., amal soleh yang jelas dan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Di sana terdapat tata bahasa yang jelas dalam wacana pemikiran Islam yang merujuk kepada ilmu dan peradaban Islam.

Yang menjadi guru kepada ajaran dan fahaman Islam ialah Rasulullah S.A.W. sendiri, para sahabat salafussoleh dan ulamak ulamak muktabar sepanjang zaman.

Oleh itu kita boleh membuat pilihan yang mudah antara Islam dengan fahaman yang datang dari barat kristian. Terdapat pemisahan yang jelas antara dua dua ajaran tersebut. Satu Islam yang intipatinya tauhid dan satu lagi pengakhirannya kufur.

Pilih salah satu dan tiada percampuran antara Islam dengan kufur di pertengahan jalan.

Mereka di kalangan umat Islam yang cuba tafsir Islam mengikut fahaman libralisme, sekularisme, pluralisme, humanisme, rasionalisme sepaya sejajar dengan perjuangan liberty, equality dan Fraternity itu akan merosakkan agama Islam dari dalam.

Ia wajib ditolak sama sekali.


Presiden ISMA
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?