Hati-hati beli ubat, produk kosmetik


KUALA TERENGGANU, 12 November – Orang ramai disaran agar lebih berhati-hati membeli ubat-ubatan termasuk produk kosmetik di tempat awam, sebaliknya mendapatkan nasihat daripada ahli farmasi bagi mengelak penipuan dari segi kualiti sesuatu barangan terbabit.

Presiden Persidangan Asia Farmasi Klinikal (ACCP) Malaysia, Profesor Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, ahli farmasi adalah individu paling sesuai dirujuk sebelum sebarang pembelian dibuat kerana golongan berkenaan lebih arif berhubung ubat-ubatan.

“Jangan suka sangat beli produk atau ubat di pasar malam tanpa mengambil tahu risiko keaslian bahan-bahan yang diguna kerana bimbang akan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

“Sepatutnya perlu rujuk ahli farmasi untuk beli sesuatu jenis ubat kerana mereka lebih arif menentukan ubat mana yang lebih sesuai kepada seseorang pesakit bergantung kepada faktor-faktor tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena ACCP 2014 di Riyaz Heritage Marina Resort and Spa, Pulau Duyong.

Hadir sama, Pengerusi ACCP Beijing, China, Profesor Yuan Suozhong; wakil Menteri Besar Terengganu, Datuk Tok Teng Sai serta ahli farmasi dari seluruh dunia.

Menurut Syed Azhar, ahli farmasi memang mengutamakan keselamatan pengguna kerana golongan itu tidak mahu orang ramai terlalu taasub dengan iklan yang disiarkan sehingga mengetepikan aspek keselamatan sesuatu produk yang dibeli.

“Sebagai manusia memang tidak lari daripada terpengaruh dengan iklan terutama produk kesihatan dan kecantikan, tetapi dalam masa sama, mereka perlu memikirkan kesan daripada penggunaan produk yang dibeli kerana ada sesetengah penyakit tidak sesuai dengan
sesuatu jenis ubat,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Azhar berkata, sekiranya pengguna masih memilih untuk membeli ubat-ubatan di tempat awam, pastikan terlebih dahulu produk berkenaan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?