Hudud satu-satunya jalan penyelesaian
KAHERAH, 27 Nov - Masalah jenayah yang sangat membimbangkan di Malaysia adalah antaranya berpunca daripada lemahnya sistem penghukuman yang direka cipta oleh manusia. ISMA Mesir memandang berat perkara ini dan berusaha untuk menjelaskan kepada mahasiswamahasiswa di Mesir tentang kepentingan hudud. Sehubungan dengan itu, ISMA Mesir syukbah Madinah Nasr telah menganjurkan kelas tafaqquh yang bertajuk “Hudud dan Penyelesaiannya di Malaysia”.
Kelas tafaqquh ini bertujuan untuk menerangkan secara terperinci tentang hudud dan cara-cara perlaksanaanya di Malaysia kepada ahli ISMA Mesir dan mahasiswa- mahasiswa di Mesir.
Antara isi penting yang ditekankan oleh penyampai, ustaz Ahmad Lutfi bin Paridin ialah pentingnya perlaksanaan hukum hudud ini dijalankan di Malaysia terutamanya kerana ianya adalah hukum qat’ie daripada nas al-quran itu sendiri. Ustaz Lutfi juga menegaskan bahawa umat islam sekarang perlu meyakini bahawa hanya hukuman Allah sahajalah satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah jenayah yang berleluasa ini.
Kelas yang dihadiri oleh ahli ISMA Mesir serta mahasiswa yang lain itu bermula pada jam 7.30 malam dan bersurai pada jam 10 malam.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan