Hukuman mencuri biar undang-undang tentukan


BANGI, 6 November – Mencuri adalah satu jenayah yang boleh membawa hukuman berat mengikut undang-undang dan syariat Islam.

Namun begitu, tindakan orang ramai yang membogelkan seorang pelajar kerana perbuatan mencuri adalah suatu cara yang yang tidak sesuai dan berlebihan.

Naib Yang Dipertua ISMA Cawangan Kuala Terengganu, Dr. Kamaruddin Awang Mat berkata, kita tidak boleh mengambil tindakan untuk menghukum seseorang atas sesuatu kesalahan sehingga boleh membuka keaiban.

“Sememangnya mencuri adalah satu perbuatan yang salah kerana menceroboh hak orang lain.

“Tetapi kesalahan itu haruslah dihukum oleh undang-undang.

“Jadi dalam kes ini, tindakan yang dilakukan oleh orang kampung agak berlebihan. Ini kerana membogelkan seseorang bukan kaedah hukuman Islam kerana ia menjatuhkan maruah individu tersebut,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian yang berlaku melibatkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dibogelkan oleh orang ramai setelah ditangkap ketika cuba mencuri sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 di perkarangan Masjid Pauh Lima, Binjai, Kelantan semalam.

Sehubungan itu Dr. Kamaruddin menasihatkan agar masyarakat kita terus dibimbing agar tidak melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjatuhkan imej dan maruah masyarakat Islam.

Tambahnya, dalam pada itu masyarakat juga harus saling berkerjasama menghalang jenayah mencuri dari terus berleluasa.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?